Friday, July 31, 2009

WHY??????


Pernahkah anda dilanda masalah yang membabitkan pertanyaan mengapa?
Contoh yang paling mudah dalam konteks pelajar ialah perubahan kawan-kawan. Dulu kalau di sekolah merekalah yang paling sopan, merekalah yang paling pemalu namun sekali jumpa balik sekarang lain pulak jadinya.. pernah tak????


Saya mengalami masalah itu. Banyak dari kawan-kawan berubah. Perubahan adalah sesuatu yang biasa namun jenis perubahan yang berlaku kadang-kadang menjadi luar biasa. Saya jugak berubah, berubah dari pergaulan, percakapan dan pemakaian. Salahkah berubah?


SEMESTINYA TIDAK !!


Namun janganlah perubahan kita itu sampai menjual nilai seorang muslim.


Hati saya sebak.. sebak melihat wanita yang sepatutnya bagai mawar berduri memboceng motosikal bersama lelaki yang bukan mahramnya, sebak melihat mereka berpakaian tetapi seperti tidak berpakaian, sebak..sangat sebak..

Biarlah saya lontarkan segala-galanya disini..


Saya nukilkan sebuah sajak buat insan-insan yang saya sayangi..





HAWA..
KejadianMu begitu indah,
Dicipta dengan nilai mawaddah,
Agar menjadi wanita solehah,
Menjaga diri dengan dengan sifat mahmudah..

HAWA..
Jagalah amanah ini,
Agar dirimu sentiasa dihormati,
Tidak mudah dijual beli,
Oleh insan bernama lelaki..

HAWA..
Aku juga sepertimu,
Daku mengerti keluh kesahmu,
Mendambakan insan untuk berkasih dan mengadu,

HAWA..
Sabarlah duhai serikandi,
Kasih ini curahlah buat ilahi,
Pasti hilang resah di hati..
Kasih ini jangan kau kongsi,
Pastikan ia hanya untuk si suami..

HAWA..
Kekalkan malumu,
Jagalah tingkah lakumu,
Peliharalah akhlakmu,
Tutuplah auratmu,
Rendahkanlah suaramu,
Kuatkanlah imanmu,
Kebalkanlah hatimu pada cinta manusia dan duniawi


1 comment:

  1. sabarlah,
    setiap manusia berbeza kerana lahir dari latar belakang keluarga yang berbeza,
    namun hakikatnya setiap manusia tetap sama kerana mempunyai Tuhan yang sama dengan misi dan visi yang telah ditetapkan Tuhan, beribadat dan melakukan pekerjaan yang mulia hanya untuk Dia semata-mata...
    dan visinya: untuk berjumpa dengan Allah di syurga...
    namun bukan mudah...tapi tak susah sangat kalau kita mengikut orbitNya...insyaAllah...
    setiap manusia memang diuji...
    mungkin mereka masih kurang ilmu...
    dan yang sudah berilmu mantapkanlah lagi, usah pula jadi seperti yang tidak berilmu..
    ilmu itu amanah...
    dan mempelajari ilmu yang baik ialah suatu yang menyeronokkan!

    Allah Al-Latiff, maha Lembut... Didiklah manusia dengan lembut dan hikmah.. (sesungguhnya untuk menjadi manusia yang lembut adalah suatu yang sukar bagi saya)...tapi demi misi dan visi...insyaAllah...

    Help me to be a better muslim!

    salam

    ReplyDelete