Monday, March 22, 2010

DUHAI HATI..


DUHAI HATI....


Duhai hati yang tercipta dengan indah oleh tuhanMu..

Duhai hati yang disuluh dengan bisikan RabbMu..

Duhai hati yang menjadi raja kepada diri ini..

Telah jauh engkau mengembara..

Telah jauh kau telusuri hidup ini..

Namun hati sering kali kah kau bersihkan dirimu..?!

Benarkah engkau telah menjadi raja yang baik buat anggota badan yang menjadi

rakyatmu…?!


Sejauh mana duhai hati cintamu pada tuhanmu..

Sejauh mana duhai hati rindumu pada pertemuan dengan Rabbmu..

Bersedia benarkah engkau duhai hati untuk kembali ke perkampungan abadi??!

Sejauh mana cintamu pada dunia ini?!!

Sejauh mana cintamu untuk melayan nafsu mu?!!

Masih berkawankah engkau hati dengan nafsu dan syaitan yang sepatutnya menjadi

musuhmu?!!

Masih ada takutkah engkau hati pada detik kematianmu?!!

Masih lupakah engkau.. Masih lalaikah engkau duhai hati..

Jawablah duhai hati..daku tidak sanggup dijadikan bahan api neraka keranamu..

Daku takut tidak diendahkan oleh tuhanku di hari pembalasan disebabkan oleh kamu..

ASTAGFIRULLAH!!!! AMPUNKAN HATI INI TUHANKU!!!

Seringkali ia terlupa.. sering kali ia terlalai dengan dunia yang penuh dengan keseronokan sementara ini..

Seringkali hati ini kalah dengan nafsu yang menghimpit dada..

Ya Allah kurniakanlah hati ini sahabat yang paling akrab untuknya iaitu IMAN..

Jangan pisahkan iman dengan hati ini ya Rabb..

Kuserahkan hati ini sepenuhnya buatMu tuhanku..

Bantulah daku memeliharanya.. benar! sukar sekali jika ia tidak ditemani sahabat

karibnya..IMAN..

Maka kekalkan iman di hati ini..

Agar perjalanan menuju Mu ini terasa lebih tenang..

Agar rindu untuk bertemuMu semakin bertambah..

Akan cinta padaMu menghapuskan segala cinta nafsu dan cinta dunia ini..

Aminn ya Rabb..