Monday, March 22, 2010

DUHAI HATI..


DUHAI HATI....


Duhai hati yang tercipta dengan indah oleh tuhanMu..

Duhai hati yang disuluh dengan bisikan RabbMu..

Duhai hati yang menjadi raja kepada diri ini..

Telah jauh engkau mengembara..

Telah jauh kau telusuri hidup ini..

Namun hati sering kali kah kau bersihkan dirimu..?!

Benarkah engkau telah menjadi raja yang baik buat anggota badan yang menjadi

rakyatmu…?!


Sejauh mana duhai hati cintamu pada tuhanmu..

Sejauh mana duhai hati rindumu pada pertemuan dengan Rabbmu..

Bersedia benarkah engkau duhai hati untuk kembali ke perkampungan abadi??!

Sejauh mana cintamu pada dunia ini?!!

Sejauh mana cintamu untuk melayan nafsu mu?!!

Masih berkawankah engkau hati dengan nafsu dan syaitan yang sepatutnya menjadi

musuhmu?!!

Masih ada takutkah engkau hati pada detik kematianmu?!!

Masih lupakah engkau.. Masih lalaikah engkau duhai hati..

Jawablah duhai hati..daku tidak sanggup dijadikan bahan api neraka keranamu..

Daku takut tidak diendahkan oleh tuhanku di hari pembalasan disebabkan oleh kamu..

ASTAGFIRULLAH!!!! AMPUNKAN HATI INI TUHANKU!!!

Seringkali ia terlupa.. sering kali ia terlalai dengan dunia yang penuh dengan keseronokan sementara ini..

Seringkali hati ini kalah dengan nafsu yang menghimpit dada..

Ya Allah kurniakanlah hati ini sahabat yang paling akrab untuknya iaitu IMAN..

Jangan pisahkan iman dengan hati ini ya Rabb..

Kuserahkan hati ini sepenuhnya buatMu tuhanku..

Bantulah daku memeliharanya.. benar! sukar sekali jika ia tidak ditemani sahabat

karibnya..IMAN..

Maka kekalkan iman di hati ini..

Agar perjalanan menuju Mu ini terasa lebih tenang..

Agar rindu untuk bertemuMu semakin bertambah..

Akan cinta padaMu menghapuskan segala cinta nafsu dan cinta dunia ini..

Aminn ya Rabb..

Thursday, October 8, 2009

andai ku bisa

Assalamualaikum wbt..


Salam aidilfitri buat semua..

Terima kasih yang tak terhingga buat pembaca blog ini terutama yang sudi menjadi follower..saya bukanlah penulis yang baik..masih bertatih hanya untuk menyiapkan serangkap tulisan..

namun saya harap sedikit bingkisan yang saya hulurkan di blog ini dapat menjadi manfaat kita bersama..

Hari ni dah 19 Syawal.. Semester ni pun bakal melabuhkan tirai tak lama lagi..Pantaskan waktu berlalu..


Benarlah kata imam Al-Qhazali, Yang paling jauh itu adalah masa yang meninggalkan kita..tidak mungkin dapat kita gapai semula..


Andai bisa ku putar masa..
Akan ku hias setiap detik masaku mengingatiMu..
Akan ku basahkan lidahku dengan zikir memujiMu..
Akan ku perahkan keringatku beribadat kepadaMu..
Akan ku pastikan Engkaulah kekasihku sepanjang waktu..

Andai bisa ku putarkan masa..
Akan ku cari setiap lubang ilmu..
Akan kugali semua ilmu pengetahuan..
Akan ku sematkan sebanyak mungkin ilmu didada..
Akan ku pastikan ilmuku sentiasa mendahului nafsuku..

Andai bisa ku putarkan masa..
Akan ku tarik balik semua kata-kata yang mengguris hati..
Akan ku pekakkan telinga dengan kata-kata yang nista..
Akan ku pejamkan mata pada pandangan yang keji..
Akan ku jauhkan diri pada tempat maksiat yang menguji..

Andai bisa ku putarkan masa..
Tidakkan ku biar ibuku bersedih..
Tidakkan kubiar ayahku letih..
Tidakkan kubiar saudaraku menangis..

Andaiku bisa putarkan masa..
Ku pastikan segalanya ku gengam..
Ku pastikan tiada yang berkecil hati dengan ku..
Ku pastikan segalanya kususun dengan indah..

Namun mampukah kuputarkan masa itu..

Sengaja saya nukilkan sajak di atas.. Bagaimanakah perasaan anda membacanya?

Mahukah anda menjadi insan di atas? Yang mengeluh mengenangkan masa yang telah lalu..pikirkan sejenak..

Marilah kita sama2 bermuhasabah..sudah berpuas hatikah kita dengan apa yang kita lakukan sepanjang hidup ini.. Mampukah kita menghadapNya jika dijemput waktu ini..

Masa lalu itu ada guru yang paling berharga..jadikan panduan untuk menuju kehadapan..

Di dalam dunia ni ada 5 golongan yang akan menyesal dikemudian hari..
1. Orang yang kehilangan kesempatan beramal
2. Orang yang terputus dari saudaranya saat ditimpa musibah
3. Orang yang berhasil menangkap musuh tetapi lepas kembali kerana penjagaan yang lemah
4. Orang yang meninggalkan isteri yang solehah
5. Orang yang bermaksiat sehingga ajal menjemputnya.


Saudaraku yang kukasihi kerana Allah..semoga kita semua terhindar dari menjadi golongan yang menyesal di kemudian hari..


Kudoakan kalian sentiasa dalam naungan Allah..

Friday, July 31, 2009

WHY??????


Pernahkah anda dilanda masalah yang membabitkan pertanyaan mengapa?
Contoh yang paling mudah dalam konteks pelajar ialah perubahan kawan-kawan. Dulu kalau di sekolah merekalah yang paling sopan, merekalah yang paling pemalu namun sekali jumpa balik sekarang lain pulak jadinya.. pernah tak????


Saya mengalami masalah itu. Banyak dari kawan-kawan berubah. Perubahan adalah sesuatu yang biasa namun jenis perubahan yang berlaku kadang-kadang menjadi luar biasa. Saya jugak berubah, berubah dari pergaulan, percakapan dan pemakaian. Salahkah berubah?


SEMESTINYA TIDAK !!


Namun janganlah perubahan kita itu sampai menjual nilai seorang muslim.


Hati saya sebak.. sebak melihat wanita yang sepatutnya bagai mawar berduri memboceng motosikal bersama lelaki yang bukan mahramnya, sebak melihat mereka berpakaian tetapi seperti tidak berpakaian, sebak..sangat sebak..

Biarlah saya lontarkan segala-galanya disini..


Saya nukilkan sebuah sajak buat insan-insan yang saya sayangi..





HAWA..
KejadianMu begitu indah,
Dicipta dengan nilai mawaddah,
Agar menjadi wanita solehah,
Menjaga diri dengan dengan sifat mahmudah..

HAWA..
Jagalah amanah ini,
Agar dirimu sentiasa dihormati,
Tidak mudah dijual beli,
Oleh insan bernama lelaki..

HAWA..
Aku juga sepertimu,
Daku mengerti keluh kesahmu,
Mendambakan insan untuk berkasih dan mengadu,

HAWA..
Sabarlah duhai serikandi,
Kasih ini curahlah buat ilahi,
Pasti hilang resah di hati..
Kasih ini jangan kau kongsi,
Pastikan ia hanya untuk si suami..

HAWA..
Kekalkan malumu,
Jagalah tingkah lakumu,
Peliharalah akhlakmu,
Tutuplah auratmu,
Rendahkanlah suaramu,
Kuatkanlah imanmu,
Kebalkanlah hatimu pada cinta manusia dan duniawi


Friday, May 1, 2009

Salam


Salam bloggers buat semua pembaca…alhamdulillah syukur kehadrat Allah akhirnya dapat gak bwat blog sendiri slpas bertahun asyik dok baca blog orang jer.. Dengan harapan blog ni dapat kita sama berkongsi ilmu dan pengalaman..


Mencari ilmu ibarat mencari kasih ilahi, kerana segala ilmu itu adalah milikNya.. semua sahabat-sahabat dah selesai ambik exam, ada yang dah start bercuti dan ada jugak yg dah sedang bwat preparation nak buat latihan industry..tak kurang jugak ada yang nak cari kja..apapun saya ucapkan selamat bercuti dan jaga amal dan iman yer..